Clik gambar untuk like page kami

Khamis, 6 Oktober 2016

MOHON SEBARKAN!..PENTING!!.. Konspirasi Gula PASIR- Robert Kuok (Sugar King) adalah Pengasas Gula pasir atau dikenali "Racun Putih" di Malaysia sejak tahun 1958(Selepas Merdeka) Sehingga KINI.


Robert Kuok a.k.a The Real “SUGAR” DADDY..

Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya tidak tepat.Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan, termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.‘Saya suka hotel tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata ketika di interviu oleh CCTV. Di antara topik yang dibincangkan termasuklah kegiatan beliau dalam industri pelancongan, pengeluaran gula dan juga tentang ibu beliau. Kuok menyatakan sewaktu mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas, berada dalam keadaan serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing.“Tetapi saya mengagakkan ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.

Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat. Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.

Konspirasi Gula

Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda.

Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.

Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi. Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, di samping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.

like page facebook.com/budaya.gula.sihat

Gula madu atau Racun ?

Gula telah menjadi satu ‘budaya’ dalam masyarakat Malaysia hari ini. Masyarakat kita terlalu bergantung kepada gula. Kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan pelbagai jenis makanan dan minuman. Madu adalah bahan yang dikaitkan dengan kesihatan. Madu disebut dalam Al Quran sebagai satu makanan berkhasiat dan boleh dijadikan ubat. Kajian sains juga telah membuktikan fakta ini. Madu telah digunakan sejak zaman purba sebagai ubat dan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Walaupun rasanya manis seperti gula, tetapi kesan kedua-dua bahan ini amat bertentangan dari aspek kesihatan.

Sejarah gula di Malaysia hanya bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara kita. Sebelum abad ke 18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk merasa kemanisannya.

Gula dipercayai oleh ahli sejarah mula digunakan oleh masyarakat di India 500 tahun sebelum masihi. Ia dihasilkan daripada tebu yang tumbuh secara semulajadi disana. Ia dipanggil ‘khanda’ yang menjadi asal kepada perkataan ‘candy’ dalam bahasa Inggeris. Era penjajahan membawa kepada penghasilan gula secara industri dan hamba-hamba yang dibawa dari Afrika digunakan untuk berkerja diladang-ladang tebu di barat. Gula mula dikilang pada abad ke 18 bermula dengan perladangan tebu di West Indies dan Amerika.Pada abad ke 19 gula mula dihasilkan dari ‘ubi bit’ yang lebih sesuai ditanam di negeri berhawa sejuk.

Sekarang gula telah menjadi suatu barangan yang ‘wajib’ dalam setiap rumah di seluruh dunia. Pengambilan gula telah meningkat dengan begitu ketara sekarang. Pada tahun 2011 penghasilan gula dunia adalah 168 juta tan setahun. Secara purata setiap manusia menggunakan 24kg gula setahun, iaitu 2kg gula sebulan. Di Malaysia, penggunaan gula adalah sehingga 27 sudu sehari menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Saranan dari WHO untuk pengambilan gula yang sihat adalah kurang dari 10 sudu gula sehari.

Gula dan Kesihatan

Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa dan sirap mapel. Semua jenis gula ini adalah karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama dalam makanan.

Menurut kajian saintifik, gula pasir dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Gula dalam Aiskrim

Gula mempunyai indeks glisemik(GI) yang tinggi, oleh kerana penggunaan gula yang amat tinggi dalam masyarakat kita maka ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Makanan yang mempunyai GI yang tinggi adalah punca kepada masalah sindrom metabolik atau sindrom X. Fakta ini telah saya tuliskan dalam buku saya “ 8 Rahsia Menguruskan Badan tanpa Berdiet” dan juga untuk mendapat maklumat lanjut boleh layari blog : doknorm.co.nr.

Diantara perkara yang tidak kita sedari adalah gula tersembunyi yang banyak didalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Kuih muih, kek, biskut , coklat, pastri dan sebagainya amat kaya dengan gula. Minuman bergas dan juga kordial juga mengandungi gula yang tinggi. Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh WHO. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.

Pakar pemakanan yang terkenal Dr William Coda Martin telah melabelkan gula sebagai ‘racun putih’ pada tahun 1957. Menurutnya gula adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula adalah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral. Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisma tubuh.

Kajian sains terbaru yang dilaporkan dalam jurnal perubatan ‘Neuroscience’, pada tahun 2008 menunjukkan gula mempunyai sifat seperti bahan ‘ketagihan’ yang menyebabkan penggunanya amat susah meninggalkan pengambilan gula setiap hari.Labih banyak lagi kajian yang serupa telah dilaporkan dalam pelbagai jurnal perubatan yang boleh dirujuk pada laman PubMed di internet. Kajian juga menunjukkan secara perlahan-lahan kemanisan gula akan semakin kurang dirasakan oleh lidah yang bermaksud pengguna gula akan memerlukan lebih banyak gula secara beransur-ansur untuk mendapat kemanisan yang sama.

Terdapat juga pelbagai jenis gula sintetik yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang sangat tinggi seperti Maltodekstrin yang banyak digunakan dalam makanan dan minuman proses yang ada dalam pasaran sekarang. Pengambilan gula sintetik ini adalah juga merbahaya kepada kesihatan kita.Oleh kerana itu tidak hairanlah masalah diabetis atau kencing manis amat tinggi sekarang.

Menurut survey oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilaporkan NHMS I, pada tahun 1986 kadar pesakit diabetis adalah 6.9 peratus telah meningkat dalam laporan NHMS III kepada 14.9 peratus pada tahun 2006. Ianya selari dengan peningkatan penggunaan gula di Malaysia dari 85gm sehari pada tahun 1985 kepada 105gm sehari pada 2002. Jelas lah disini , peningkatan penggunaan gula di Malaysia adalah berkadar lansung dengan peningkatan jumlah pesakit diabetis atau kencing manis.

Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, masalah kolesterol, darah tinggi dan sebagainya.Gula yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak didalam tubuh manusia. Kadang-kadang kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyaklah menjadi punca kepada masalah kegemukan.Persoalan samada menaikkan harga gula akan menyebabkan pengurangan penggunaan gula masih boleh diperdebatkan, yang pastinya pendidikan tentang bahaya gula lebih penting untuk mendidik masyarakat tentang risiko kesihatan akibat pengambilan gula yang berlebihan.


anda mahu membuang ketagihan gula?. anda sayangi keluarga anda dan mahu selamatkan mereka dari 60 jenis penyakit merbahaya?.. 

jangan risau!.. kami boleh membantu anda dengan cara menukar gula pasir beracun kepada ekstrak stevia yang lebih menyihatkan. malah rakyat jepun pun sudah mengamalkan ekstrak stevia sejak 20 tahun dan membuang tabiat ketagihan gula. anda boleh whatapp atau hubungi kami 0132023541 atau 0196422300. pengedar juga di perlukan.sebarkan perkara ini supaya rakyat malaysia lebih sihat dgn menghindari gula pasir!!.. terima kasih!..