Kami Pencetus Budaya Gula Sihat

Clik gambar untuk like page kami

Clik gambar untuk like page kami

Khamis, 6 Oktober 2016

MOHON SEBARKAN!..PENTING!!.. Konspirasi Gula PASIR- Robert Kuok (Sugar King) adalah Pengasas Gula pasir atau dikenali "Racun Putih" di Malaysia sejak tahun 1958(Selepas Merdeka) Sehingga KINI.


Robert Kuok a.k.a The Real “SUGAR” DADDY..

Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya tidak tepat.Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan, termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.‘Saya suka hotel tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata ketika di interviu oleh CCTV. Di antara topik yang dibincangkan termasuklah kegiatan beliau dalam industri pelancongan, pengeluaran gula dan juga tentang ibu beliau. Kuok menyatakan sewaktu mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas, berada dalam keadaan serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing.“Tetapi saya mengagakkan ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.

Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat. Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.

Konspirasi Gula

Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda.

Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.

Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi. Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, di samping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.

like page facebook.com/budaya.gula.sihat

Gula madu atau Racun ?

Gula telah menjadi satu ‘budaya’ dalam masyarakat Malaysia hari ini. Masyarakat kita terlalu bergantung kepada gula. Kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan pelbagai jenis makanan dan minuman. Madu adalah bahan yang dikaitkan dengan kesihatan. Madu disebut dalam Al Quran sebagai satu makanan berkhasiat dan boleh dijadikan ubat. Kajian sains juga telah membuktikan fakta ini. Madu telah digunakan sejak zaman purba sebagai ubat dan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Walaupun rasanya manis seperti gula, tetapi kesan kedua-dua bahan ini amat bertentangan dari aspek kesihatan.

Sejarah gula di Malaysia hanya bermula selepas era penjajahan British yang membawa produk ini ke negara kita. Sebelum abad ke 18, manusia hanya menggunakan madu sebagai pemanis dalam makanan atau minuman. Tebu dimakan secara terus untuk merasa kemanisannya.

Gula dipercayai oleh ahli sejarah mula digunakan oleh masyarakat di India 500 tahun sebelum masihi. Ia dihasilkan daripada tebu yang tumbuh secara semulajadi disana. Ia dipanggil ‘khanda’ yang menjadi asal kepada perkataan ‘candy’ dalam bahasa Inggeris. Era penjajahan membawa kepada penghasilan gula secara industri dan hamba-hamba yang dibawa dari Afrika digunakan untuk berkerja diladang-ladang tebu di barat. Gula mula dikilang pada abad ke 18 bermula dengan perladangan tebu di West Indies dan Amerika.Pada abad ke 19 gula mula dihasilkan dari ‘ubi bit’ yang lebih sesuai ditanam di negeri berhawa sejuk.

Sekarang gula telah menjadi suatu barangan yang ‘wajib’ dalam setiap rumah di seluruh dunia. Pengambilan gula telah meningkat dengan begitu ketara sekarang. Pada tahun 2011 penghasilan gula dunia adalah 168 juta tan setahun. Secara purata setiap manusia menggunakan 24kg gula setahun, iaitu 2kg gula sebulan. Di Malaysia, penggunaan gula adalah sehingga 27 sudu sehari menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Saranan dari WHO untuk pengambilan gula yang sihat adalah kurang dari 10 sudu gula sehari.

Gula dan Kesihatan

Gula pasir putih, juga dikenali sebagai sukrosa adalah bentuk gula paling biasa, tetapi bukan satu-satunya jenis gula. Bentuk-bentuk lain termasuk gula perang, fruktosa, maltosa, gula melaka, glukosa dan sirap mapel. Semua jenis gula ini adalah karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama dalam makanan.

Menurut kajian saintifik, gula pasir dikaitkan dengan 60 jenis penyakit kronik seperti kencing manis, kegemukan, darah tinggi, masalah kolesterol, sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Gula dalam Aiskrim

Gula mempunyai indeks glisemik(GI) yang tinggi, oleh kerana penggunaan gula yang amat tinggi dalam masyarakat kita maka ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Makanan yang mempunyai GI yang tinggi adalah punca kepada masalah sindrom metabolik atau sindrom X. Fakta ini telah saya tuliskan dalam buku saya “ 8 Rahsia Menguruskan Badan tanpa Berdiet” dan juga untuk mendapat maklumat lanjut boleh layari blog : doknorm.co.nr.

Diantara perkara yang tidak kita sedari adalah gula tersembunyi yang banyak didalam makanan. Hampir semua makanan proses menggunakan gula. Kuih muih, kek, biskut , coklat, pastri dan sebagainya amat kaya dengan gula. Minuman bergas dan juga kordial juga mengandungi gula yang tinggi. Tahukah anda bahawa minuman 3-dalam-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula. Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh WHO. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.

Pakar pemakanan yang terkenal Dr William Coda Martin telah melabelkan gula sebagai ‘racun putih’ pada tahun 1957. Menurutnya gula adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik kerana gula adalah karbohidrat tulen tanpa vitamin dan zat mineral. Oleh itu, gula akan ‘melahap’ vitamin dan garam mineral yang sangat berharga daripada tubuh manusia semasa proses metabolisma tubuh.

Kajian sains terbaru yang dilaporkan dalam jurnal perubatan ‘Neuroscience’, pada tahun 2008 menunjukkan gula mempunyai sifat seperti bahan ‘ketagihan’ yang menyebabkan penggunanya amat susah meninggalkan pengambilan gula setiap hari.Labih banyak lagi kajian yang serupa telah dilaporkan dalam pelbagai jurnal perubatan yang boleh dirujuk pada laman PubMed di internet. Kajian juga menunjukkan secara perlahan-lahan kemanisan gula akan semakin kurang dirasakan oleh lidah yang bermaksud pengguna gula akan memerlukan lebih banyak gula secara beransur-ansur untuk mendapat kemanisan yang sama.

Terdapat juga pelbagai jenis gula sintetik yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang sangat tinggi seperti Maltodekstrin yang banyak digunakan dalam makanan dan minuman proses yang ada dalam pasaran sekarang. Pengambilan gula sintetik ini adalah juga merbahaya kepada kesihatan kita.Oleh kerana itu tidak hairanlah masalah diabetis atau kencing manis amat tinggi sekarang.

Menurut survey oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dilaporkan NHMS I, pada tahun 1986 kadar pesakit diabetis adalah 6.9 peratus telah meningkat dalam laporan NHMS III kepada 14.9 peratus pada tahun 2006. Ianya selari dengan peningkatan penggunaan gula di Malaysia dari 85gm sehari pada tahun 1985 kepada 105gm sehari pada 2002. Jelas lah disini , peningkatan penggunaan gula di Malaysia adalah berkadar lansung dengan peningkatan jumlah pesakit diabetis atau kencing manis.

Seiring dengannya adalah peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik lain seperti sakit jantung, masalah kolesterol, darah tinggi dan sebagainya.Gula yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak didalam tubuh manusia. Kadang-kadang kita terkeliru kerana menyangka lemak atau minyaklah menjadi punca kepada masalah kegemukan.Persoalan samada menaikkan harga gula akan menyebabkan pengurangan penggunaan gula masih boleh diperdebatkan, yang pastinya pendidikan tentang bahaya gula lebih penting untuk mendidik masyarakat tentang risiko kesihatan akibat pengambilan gula yang berlebihan.


anda mahu membuang ketagihan gula?. anda sayangi keluarga anda dan mahu selamatkan mereka dari 60 jenis penyakit merbahaya?.. 

jangan risau!.. kami boleh membantu anda dengan cara menukar gula pasir beracun kepada ekstrak stevia yang lebih menyihatkan. malah rakyat jepun pun sudah mengamalkan ekstrak stevia sejak 20 tahun dan membuang tabiat ketagihan gula. anda boleh whatapp atau hubungi kami 0132023541 atau 0196422300. pengedar juga di perlukan.sebarkan perkara ini supaya rakyat malaysia lebih sihat dgn menghindari gula pasir!!.. terima kasih!..

Dicatat oleh Unknown di 9:10 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Konpirasi Gula

Khamis, 22 September 2016

Bagaimana GULA mempengaruhi otak kita...

Bagaimana GULA mempengaruhi otak kita...

Kajian menunjukkan masalah ketagihan kepada GULA adalah benar dan mempunyai asas sains...

Otak menggunakan GULA secara maksimum dan mengawal metabolisma serta mempengaruhi selera makan kita.

Kajian di Technical University of Munich menggunakan imbasan PET menunjukkan insulin dan leptin mengawal kadar penggunaan GULA oleh semua sel-sel otak ( saraf dan bukan saraf)

Apabila reseptor insulin di dinding sel-sel astrocyte (sel bukan saraf) hilang atau rosak maka kawalan selera seseorang akan hilang yang menyebabkan seseorang merasa sentiasa lapar dan hendak makan sahaja...GULA adalah punca kepada masalah sindrom rintangan insulin

GULA juga meningkatkan rembesan dopamine iaitu bahan neurotransmitter yang menyebabkan rasa seronok dan gembira apabila kita makan benda manis...kajian menunjukkan lebih banyak GULA yang kita makan lebih tinggi kadar rintangan kepada rembesan dopamine dan ini menyebabkan penggunaan GULA semakin lama semakin meningkat...bermakna GULA menyebabkan sindrom rintangan dopamine

Kita perlu kawal pengambilan GULA sebelum GULA mengawal selera makan kita...insyaallah

-Dr Norman Norawi

Dicatat oleh Unknown di 3:37 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Bahaya Gula

Rabu, 21 September 2016

Santan kelapa bukan penyebab jadi gemuk



Doktor: Encik kena banyakkan masakan yang mengandungi santan untuk menjaga kesihatan.
Pesakit: Santan bukan bahaya ke doktor? Bukankah ia lemak yang tak baik?
Itulah persoalan yang sering kita dengar bila kita membicarakan tentang santan. Umum masih sangsi tentang kelebihan santan dalam kesihatan.
Santan sebenarnya adalah minyak kelapa, Cuma ada tambahan sedikit gula di dalamnya. Jadi segala kebaikan minyak dan lemak kelapa ada pada santan (rantaian sederhana asid lemak yang stabil, anti microbial dan tenaga yang tiada radikal bebas).
Jika minyak kelapa sangat berkhasiat tentulah santan juga berkhasiat.
Santan kelapa merupakan salah satu bahan pelengkap masakan yang kerap digunakan untuk memasak. Santan diperolehi dari hasil perahan parutan isi kelapa yang ditambahkan dengan sedikit air.
Rasanya yang enak dan berlemak, membuat cita rasa masakan makin lazat dan disukai. Santan seperti juga minyak kelapa mengandungi asid lemak rantaian sederhana, bukannya rantai panjang asid lemak yang ditemui dalam lemak tepu yang terdapat dalam minyak masak yang lain.
Rantaian sederhana asid lemak adalah cukup kecil untuk meresap ke dalam kedua-dua sel dan membran mitokondria. Oleh itu, ia tidak memerlukan pembebasan insulin, yang biasanya perlu untuk penyerapan sel.
Begitu juga ia memerlukan carnitine transferase, yang biasanya penting untuk masuk ke dalam mitokondria. Dalam erti kata lain, santan juga adalah sumber bahan api yang cepat menyerap yang sangat rendah pada indeks glisemik bila di campur dengan karborhidrat contohnya nasi lemak, yang optimum bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.
Santan mempunyai tahap asid laurik yang tinggi, asid lemak rantaian sederhana bahawa badan menukarkan kepada monolaurin, Bahan ini boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL, yang secara langsung memberi manfaat kepada orang-orang dengan diabetes. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida dan pameran antiviral, serta aktiviti antibakteria.
Antara beberapa khasiat lain santan kelapa untuk kesihatan adalah ia baik untuk tulang kita supaya menjadi sihat dan kuat.
Seringkali kita mempercayai bahawa kalsium saja sudah cukup untuk membuat tulang kita sihat dan kuat. Tapi ianya tidak tepat. badan kita memerlukan Fosforus bersama kalsium untuk memiliki tulang sihat, kuat dan kukuh.
Santan merupakan sumber dari fosforus yang tinggi didalamnya. Santan juga kaya dengan zat besi. Penyebab anemia adalah kerana kekurangan zat besi.
Kekurangan zat besi dalam darah (anemia) menyebabkan bilangan hemoglobin menurun dan sangat merpengaruhi dalam produktiviti badan. Ia menjadikan badan kita lemah dan tidak bermaya.
Santan adalah sumber dari zat besi yang diperlukan. Antara faktor yang menarik adalah santan boleh menurunkan berat badan anda. Walaupun memiliki bentuk fizikal yang mirip dengan susu, santan sangatlah berbeza.
Santan tidak membuat anda gemuk, namun sebaliknya santan kelapa dapat membantu dalam menurunkan berat badan. Santan mengandung serat makanan yang mana akan membuat perut anda mudah kenyang dan bertahan dalam perut dalam masa yang lama.
Ini sangat baik dalam mengawal berat badan. Santan juga kaya dengan antioksidan. Manfaat yang terdapat dalam santan ini dapat melindungi tubuh dari gangguan radikal bebas dengan sifat antioksidan yang dimilikinya.
Ia juga dapat memperlambatkan proses penuaan dengan antioksidan dalam santan kelapa membantu pencegahan tanda-tanda penuaan diri dari terjadi. Selain daripada itu santan mengandungi vitamin C yang sangat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan badan.
Santan kelapa juga boleh memerangi jangkitan infeksi selsema dan batuk. Vitamin C ini juga baik untuk kulit dan pembuluh darah. Vitamin C dan zat besi juga ada dalam santan kelapa.
Kedua nutrien ini penting untuk menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah. Apabila santan diambil bersama air kelapa , kita dapat menjaga tekanan darah kita.
Air kelapa mengandung potasium yang sangat baik dalam menjaga atau menstabilkan tekanan darah kita supaya menjadi sihat. Oleh itu dengan gabungan santan dan air kelapa juga baik untuk penngidap penyakit hipertensi.
Santan kelapa mengandungi zat zink(zinc) yang sangat baik untuk kesihatan kelenjar prostat.Ianya juga membantu mengatasi kekejangan otot yang teruk.
Santan kelapa mengandung magnesium dalam jumlah yang baik. Ini merupakan nutrien penting dalam membantu anda merasa lebih baik jika anda menghadapi masalah kekejangan otot atau lenguh badan.
Akhir sekali santan juga merupakan suplemen multivitamin dan multimineral semulajadi. Jadi manfaat santan kelapa yang terahir adalah sumber dari berbagai vitamin seperti vitamin B1, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin C dan vitamin E.
Santan juga mengandung berbagai mineral penting seperti folate, zat besi dan mikronutrisi penting lain seperti Selenium, Sodium, Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Kalium. Jadi sangkaan seperti kebanyakan masyarakat kita yang menyatakan santan adalah lemak yang tidak sihat adalah meleset sama sekali.
Di negara barat santan dijadikan minuman berkhasiat yang dipanggil ‘coconut milk’ yang diamalkan oleh mereka yang mengetahui khasiat santan itu sendiri.
Terdapat lagi satu fakta yang menarik yang mana beberapa pulau yang terdiri dari orang Tokelau, Pukapuka dan Kitavan yang hidup lebih sihat daripada masyarakat dunia yang lain dengan mengambil santan dan lemak kelapa yang banyak kerana merupakan makanan rugi mereka.
Masakan masyarakat orang melayu pada masa dulu sehingga sekarang juga banyak menggunakan santan seperti gulai, masak lemak cilia pi dan juga nasi lemak serta nasi dagang.
Ada juga santan digunakan didalam minuman seperti cendol dan sebagainya. Makanan ini merupakan makanan yang sihat kerana ada santan didalamnya tambahan lagi jika manisan didalamnya dikurangkan atau diganti dengan manisan kurang kalori seperti stevia.
Jadi mulai sekarang kita hendaklah menghapuskan dalam pemikiran kita yang menyatakan santan itu tidak bagus ditukarkan kepada santan makanan lemak yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. - MalaysiaGazette
Penulis adalah Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia

Nak order santan secara borong?.. saya boleh bantu. hubungi 0196422300
Dicatat oleh Unknown di 12:03 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Info Kesihatan

"BID'AH" DALAM PEMAKANAN MODEN OLEH DR.HAFIZ SULAIMAN

SETUJU DGN RAKAN DOKTOR DR HAFIZ SULAIMAN.

"BID'AH" DALAM PEMAKANAN part 1
--------------------------------------------------------



Makanan moden dikatakan penyebab banyak penyakit zaman moden. Banyak penyakit moden yang tidak diketahui puncanya maka disalahkan pula genetik dan keturunan.

Hakikatnya banyak makanan moden yang mampu mengubah ekspresi genetik seseorang. Banyak anak-anak yang ibu bapanya tiada penyakit tetapi anak-anak pula yang sakit "keturunan"?

"Bid'ah" di dalam pemakanan ini merupakan salah satu agenda kapitalis untuk mengaut keuntungan dengan melipatgandakan  pengeluaran dan penggunaannya.

Antara Bid'ah di dalam pemakanan yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan anda.

 1) Bid'ah Genetically Modified Organism (GMO)
---------------------------------------------------------------

Ia merupakan solusi kepada masalah kebuluran dan kekurangan makanan dunia. Tanaman hasil gubahan genetik ini mampu menghasilkan tanaman yang cepat hasil tuaiannya, lebih enak, lebih banyak dan besar serta tidak terkesan dengan racun tanaman dan serangga.

Namun terdapat kerisauan tentang kesan makanan hasil tanaman GMO ini kerana walaupun kajian banyak menunjukkan ia selamat, tetapi tiada kajian jangka masa panjang yang membuktikan ia benar-benar selamat seperti tanaman asal. Penggunaan tanaman GMO yang kalis racun rumpai dan racun serangga juga meningkatkan kebimbangan penggunaan racun secara berleluasa.

-

2) Bid'ah Gula.
--------------------

Gula sedap sebab manis. Namun tahukah anda gula dan makanan manis bukanlah makanan orang kebanyakan. Sehingga kurun ke 18, ia merupakan makanan kepada hanya golongan raja dan bangsawan. “Malangnya” gula menjadi semakin murah dan mudah di dapati kerana kemajuan dalam teknologi dan pertanian. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah gula fruktosa moden terutama dalam bentuk yang tersembunyi iaitu "High Fructose Corn Syrup" (HFCS) merupakan gula yang sangat toksik dan mengganggu aktiviti metabolik badan mengakibatkan penyakit KENCING MANIS, OBESITI, gangguan hormon, ketumbuhan seperti PCOS dan juga masalah GOUT "rujuk kaitan gula fruktosa dan gout dalam artikel di wall saya tahun lepas".

Gula juga secara biokimia dikaitkan dengan masalah "kolesterol jahat" yang menyumbang kepada penyakit jantung bukannya kolesterol itu sendiri.

Gula juga dikaitkan dengan ketagihan yang lebih teruk daripada ketagihan kokain..dan terdapat pakar-pakar perubatan dan saintis yang menyarankan rawatan yang diberikan sama seperti merawat penagih dadah. Malah saya sendiri mempraktikkan protokol "Taubat Nasuha" bagi mereka yang ketagihan gula dan alhamdulillah sangat berkesan. Islam mengajar bahawa puasa ialah ubat bagi penyakit hawa nafsu dan di dalam isu ketagihan gula ini, ia tidak terkecuali.

-

3) Gandum Bid'ah
-------------------------

Gandum jenis Einkorn ialah baka gandum liar yang merupakan gandum yang tertua di dalam sejarah penanaman gandum. Ia lebih kecil namun lebih tinggi protein, caroteinoid dan zat mineral. Gandum einkorn juga mengandungi kandungan gluten yang jauh lebih rendah berbanding gandum moden yang mengalami banyak penghibridan dan pengubahan genetik meningkatkan kandungan glutennya.

Gluten yang tinggi membebankan dan menyebabkan kerosakan sistem pencernaan. Gluten di dalam gandum moden menyebabkan kerosakan mekanikal yang meningkatkan ketelapan membran usus @ “leaky gut”. Leaky gut ini dikaitkan dengan masalah penyakit autoimmune dan juga keradangan kronik yang menjurus ke arah banyak masalah kesihatan lain . Ini kerana perut mempunyai pelbagai fungsi membebaskan pelbagai jenis ion, hormon, enzim dan “intrinsic factor” yang penting dalam fisiologi badan manusia.
Terdapat juga kajian berkenaan teori adaptasi sesuatu populasi bergantung kepada kekayaan sumber makanan di kawasan setempat itu. Contohnya terdapat masyarakat yang hidupnya secara turun temurun mengambil hasil tenusu dalam gizi hariannya mengalami kebolehan mencerna lactose di mana enzim lactase populasi ini bertindak lebih cekap. Begitu juga dengan sesetengah populasi yang secara turun temurunnya mengambil jumlah kanji yang tinggi mengalami adaptasi genetik yang meningkatkan peningkatan enzim amylase untuk mencerna kanji.

Oleh itu mengambil kira adaptasi terhadap pemakanan setempat  ini saya percaya badan kita lebih sesuai dengan makanan ruji populasi asia tenggara iaitu nasi dan bukannya gandum. Mungkin gandum lebih sesuai bagi orang turki yang mempunyai sejarah makananan berasaskan gandum selama 10,000 tahun dahulu. Tapi nenek moyang kita makan nasi bukan gandum, bukan oat juga :D  tapi nasi lemak. Beras hancur st15 tu, beras siam itu makanan ori.

Kena kencing dengan agenda negara barat yang merupakan pengeksport gandum berjumlah usd83 billion pada tahun 2015.

-

4) Bid’ah Kurang Lemak. Bid’ah kolesterol. Bid’ah lemak tepu.
----------------------------------------------------------------------------------

Bid’ah ini mungkin berpunca daripada teori lemak tepu oleh Dr Ancel Keys yang mengatakan bahawa lemak tepu merupakan penyebab kepada penyakit jantung. Sebagai rujukan dan rekod, Dr Ancel Keys juga merupakan penentang utama penulisan Dr John Yudkin pada tahun 1972 berkenaan gula. Penulisan bertajuk Pure, White and Deadly menceritakan bagaimana pengambilan gula berlebihan dikaitkan dengan obesiti, kencing manis, masalah hati, ketidakhadaman,gout dan beberapa jenis kanser.

Maka dengan popularnya lipid hypothesis, ia menyokong industri minyak sayuran seperti minyak soya, canola, minyak matahari dan cottonseed. Lemak tepu daripada makanan semulajadi seperti minyak kelapa, minyak sawit, daging dan makanan tinggi lemak tepu lain dipertanggungjawabkan sebagai penyebab masalah jantung.  Padahal lemak tepu lebih stabil masak. Lemak tak tepu pula senang rosak dan teroksida bila dipanaskan. Lemak rosak inilah antara punca utama masalah jantung.

Walhal lemak tepu itu asas kepada sel badan.Otak manusia 60% terdiri daripada lemak dan saraf-saraf pula disaluti oleh lemak dan kolesterol untuk mempercepatkan transmisi impulse (maklumat). Lemak juga penting untuk membina hormon-hormon termasuk testosteron dan estrogen. Lemak tepu juga mengurangkan Lipoprotein A Lp(a) yang dikaitkan dengan risiko tinggi penyakit jantung. Lemak tepu juga mengandungi zat-zat penting larut lemak seperti vitamin A,vit D,vit E, dan vitK.

Malangnya, kita tertipu dengan marketing rendah lemak ini. Susu rendah lemak, daging rendah lemak, yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, anda sebenarnya bayar lebih kerana mereka sudah mencuri zat tapi anda bayar harga yang mahal untuk zat yang berkurangan. Kah kah. Bijak.

Isu kolesterol dah bertahun saya cerita pada pesakit saya. Alhamdulillah tahun 2016, USDA buat U-turn
http://edition.cnn.com/2016/01/07/health/2015-dietary-guidelines/

-

5) Bid’ah Makanan Kesihatan Yang Diproses.
-------------------------------------------------------------

Ini pendapat peribadi saya. Makanan yang tuhan ciptakan memang sudah sempurna. Kerosakan badan disebabkan gaya hidup moden memberi kesan terhadap penerimaan badan anda kepada makanan semulajadi ini ..err ataupun atuk nenek moyang anda yang makan makanan merosakkan genetik anda? Wallahua'lam. Apa pun saya kurang bersetuju dengan lambakan makanan-makanan proses yang mengaku lebih sihat daripada makanan asal. Susu yang diperkaya zatnya. Cereal yang diperkaya zatnya.Biskut kesihatan? Roti yang lebih sihat? Kemonlah..dah guna gandum bid’ah  mana nak sihatnya. Topup pulak dengan lectin seperti wheat germ lagi lah parah..marketing bukan main. err…nanti kita cerita kemudian pasal lectin.. Semua ni boleh makan jika anda boleh seimbangkan berlebihan dan kekurangan zat yang mana memerlukan pemeriksaan darah, air liur, rambut, air kencing dan macam-macam ujian pelik yang perlu anda lakukan untuk memeriksa status zat badan anda.

Makanan ciptaan tuhan ini harmoni zatnya. Contohnya serat dalam buah-buahan berfungsi mengurangkan penyerapan gula dalam buah. Sudah tentu anda serap zat lebih tinggi dengan membuang serat pada buah namun gula anda juga mungkin melambung. Padah anda buat bid’ah tanpa ilmu berkenaan makanan tersebut.

Begitulah antara bi’ah-bid’ah dalam pemakanan yang banyak isu dan kontroversinya. Ini cuma pendapat peribadi semata bukan nasihat perubatan jadi berbincanglah dengan doktor dan dietician anda berkenaan bid’ah-bid’ah ini. Tiada paksaan dalam mengamalkan mana-mana diet, nak minum milo diperkaya zat besi dan vitamin macam-macam pun silakan..saya pun minum milo, tapi saya tak kata lagi Minum milo anda jadi sihat dan kuat..sebab saya percaya sebaliknya yang berlaku. Saya tak makan hujah sederhana atau tidak.Makanan toyyib bergantung kepada “genetic makeup” anda dan status kesihatan anda dan paling penting ialah pemilihan makanan yang “baik untuk kamu”. Ianya INDIVIDUAL.

-
-

Semoga bermanfaat,

Ikhlas bukan “Wahhabi”,

Encik Hafiz Sulaiman

-Pejuang Kesihatan-
Dicatat oleh Unknown di 11:44 PG 1 ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Info Kesihatan

Konspirasi Gula Di dalam Minuman 3 in 1

Konspirasi Gula Di dalam Minuman 3 in 1

Tahukah anda minuman 3 dalam 1 merupakan antara #konspirasigula yang merbahaya?



Minuman 3 dalam 1 sering di promosikan dengan helah licik seperti
- Minuman untuk tenaga
- Minuman untuk gaya hidup aktif dan sibuk.
- Cepat, mudah dan pantas
- Mengandungi vitamin dan khasiat tambahan, fiber, kalsium,
- Mengandungi bahan istimewa seperti kacip fatimah, tongkat ali, gingseng dan lain lain.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat SEDIKIT.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi GULA yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.




“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof.Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.



Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara faktor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

Info Kandungan minuman 3-in-1:

1. Mengandungi lebih tiga sudu gula dalam setiap pek.

2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.

3. Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan   kesihatan

4. Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5. Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.

6. Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.

7. Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

8. Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Tamatkan #konspirasigula sekarang. Pilihan ditangan anda.

Kupasan terperinci #konspirasigula https://www.facebook.com/budaya.gula.sihat

SUMBER : Kosmo

Mesej dari Public Health Malaysia @Kami Pencetus Budaya Gula Sihat
Protect. Prevent. Promote

#konspiMalaysia
Dicatat oleh Unknown di 11:05 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Bahaya Gula

ALLAHUAKBAR!!. 4 Makanan Ini Mampu Bersihkan Paru-Paru Dalam 72 Jam, Perokok Wajib Baca !! Jangan lupa Untuk Share Kepada kawan Yang Merokok!!..

Manusia mempunyai paru-paru yang cenderung kurang sihat khususnya di Malaysia, hal ini  mejoriti terjadi kepad seorang perokok, kekangan banyaknya kotoran yang melekat di paru-paru bukan hanya masalah rokok saja, melainkan asap debu pencemaran disekitar, Bahkan juga para perokok juga tahu bahaya merokok untuk kesihatan tapi tak semua daripada mereka boleh berhenti bila menjadi perokok aktif selama bertahun-tahun.

Di artikel kesempatan ini kita akan mengulas empat cara makanan yang dapat dibuktikan dapat membersihkan paru-paru secara serta-merta. Semua perokok perlu membaca artikel ini.

Satu diantara kesan paling buruk dari merokok yakni kesan candu yang masuk ke tubuh badan.

Penyebabnya yakni nikotin yang disebut zat adiktif yang menyebabkan perasaan ketagihan dalam diri perokok. Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimia dalam otak iaitu hormon dopamine dan norepinephrine yang mengawal rasa puas, santai dan bahagia.


Bila seorang menghisap rokok, nikotin di dalamnya akan merangsang otak untuk menghasilkan sedikit dopamin, menyebabkan si perokok akan merasa rileks dan selesa.

Fikiran bawah sedar lalu kerap meminta agar dopamin di ambil lebih banyak, caranya dengan selalu menambah pengambilan rokok.

Malangnya rutin merokok ini memberi kesan pada organ badan yang lain. Sebatang rokok di dapati mempunyai kandungan beratus-ratus bahan kimia berbahaya seperti ammonia, karbon monoksida, nikotin, kromium, kadmium, plumbum, dan lain-lain. Memasukkan bahan- bahan kimia ini ke dalam badan sama juga dengan meracuni tubuh sendiri.

Sebuah penyelidikan pernah dilakukan pada paru-paru perokok. Akhirnya, orang yang menggunakan satu bungkus rokok setiap hari berisiko alami kanser paru-paru 20 kali makin besar dibanding dengan mereka yg tidak merokok, di mana sebahagian besar masalah kanser paru-paru baru muncul waktu perokok telah mencapai usia di atas 40 tahun.


Selain kanser, perokok juga berisiko alami jangkitan paru-paru dengan tanda-tanda batuk menahun dan kerap bercampur darah. Biasanya perokok mengabaikan gejala ini hingga pada akhirnya struktur paru-paru jadi rosak sampai tak boleh berperanan normal dan pada akhirnya akan membawa kesan komplikasi pada jantung.

Tak ada langkah untuk mengelakkan penyakit-penyakit di atas terkecuali berhenti merokok secara keseluruhan dan mula lakukan pola hidup yang sihat. Tetapi untuk anda yang masih begitu susah berhenti merokok, berikut ini beberapa cara makanan yang boleh anda ambil untuk membersihkan paru-paru anda daripada toksin dan bahan kimia berisiko.

Makanan Untuk Bersihkan Paru-Paru

sayur-sayuran yang mempunyai kandungan zat yang dapat membersihkan paru-paru dari bahan-bahan kimia dari merokok dengan cara segera. Di bawah ini senarainya:


1. Halia

Halia mempunyai karakter antiseptik dan antibakteria dan membantu saluran bronkial untuk menyingkirkan zatzat berisiko dari paru-paru. Manfaat yang biasanya langsung terasa oleh perokok selepas pengambilan halia yakni pernafasan jadi lega dan plong.

Langkah terbaik untuk mengambilnya yakni dengan mengunyah sepotong halia segar untuk membuka saluran pernafasan yang tersumbat.


2. Limau bali

Limau bali mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kesihatan terlebih untuk melawan kanser paru-paru. Buah ini begitu kaya dengan antioksidan yang dapat membantu badan mencegah sel kanser tumbuh tak terkawal.

Menurut seorang penyelidik bernama Dr. Corrine Hanson, grapefruit atau limau bali juga

kaya vitamin C yang mengakibatkan buah ini mempunyai kemampuan menghalang kerja enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru. Perbanyaklah mengambil makanan jeruk

bali apabila anda seorang perokok aktif.

3. Selenium

Selenium yakni mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam menguatkan membran paru-paru. Hasil kajian menuturkan kandungan selenium dalam tubuh berbanding terbalik dengan jumlah sel kanser. Bermakna bila selenium banyak jadi sel kanser akan alami penurunan atau bahkan hilang, begitu pula demikian sebaliknya.

Mineral Selenium banyak yang didapati dalam tembikai, cendawan, tiram, bayam dan ubi keledek. Apabila anda seorang perokok, anda mesti pengambilan makanan makanan itu untuk meningkatkan daya tahan badan dan bersihkan paru-paru anda daripada toksin.

4. Bawang Putih

Satu kajian pernah dilakukan di Jiangsu Provincial Centre for Disease Control and Prevention di China. Hasil penyelidikan mengatakan rajin pengambilan bawang putih sekurang-kurangnya 2 x satu minggu dapat menurunkan akan menurunkan risiko kanser paru sehingga 44%.

Bawang putih di kenali mempunyai kandungan anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam tubuh dan mengandung senyawa allicin yang berperanan untuk menghilangkan keradangan dalam tubuh.

Sekian empat buah makanan yang dapat membersihkan paru-paru dari toksin akibat merokok. Selain keempat makanan itu, anda boleh juga memakan buah ini sebagai penyembuhan penyakit kanser.


Semoga bermanfaat.
Dicatat oleh Unknown di 10:51 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Info Kesihatan

Selasa, 20 September 2016

Ada Bahan ‘Taurine’ Punca Red Bull Dikatakan Haram?



Ada Bahan ‘Taurine’ Punca Red Bull Dikatakan Haram?

Published on Sept 21, 2016  in Hangat/Terkini

SPEKULASI yang mendakwa minuman tenaga Red Bull berbahaya dan haram sering kali muncul di media sosial. Sejauh mana kebenarannya, masih belum terungkai.
Terbaharu, minuman pemberi tenaga ini kembali terpalit dengan kontroversi apabila ada yang mendakwa Red Bull haram diminum umat Islam kerana mempunyai bahan yang dikenali sebagai Taurine.
Ini kerana Taurine yang diperbuat daripada asid haiwan ini dipercayai menggunakan badan haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

Menurut satu posting di Facebook, setiap pengguna perlu membuat kajian sendiri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan minuman tersebut.
“Red Bull mengandungi taurine (asid haiwan), sekiranya anda tahu apa itu, anda tidak akan menyentuh Red Bull, jadi buatlah kajian sendiri supaya anda tahu ia halal atau haram,” tulis posting yang menjadi viral tersebut.
Berikutan itu, posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen sama ada meluahkan kebimbangan mahupun  memberi maklumat mengenai taurine.
“Taurine penting untuk tubuh. Tanpanya otot rangka tidak akan membesar seperti yang sepatutnya, dan ia juga memberi kesan kepada pertumbuhan retina dan banyak lagi,” kata Naime Ahmed.
Menurut laman rasmi Red Bull, taurine yang digunakan dibuat secara sentetik sekali gus meyakinkan para pelanggannya bahawa minuman pemberi tenaga itu selamat, halal dan mengikut peraturan makanan tempatan.
Tambahan pula, syarikat Red Bull turut mempunyai sijil penghalalan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=ybmq-PKsiIQ
Oleh: CARRIE
Sumber: The Rakyat Post
Dicatat oleh Unknown di 3:55 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Info Kesihatan
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Sila like page kami

Sila like page kami
Kami Pencetus Budaya Gula Sihat

Admin (013 202 3541)

Admin (013 202 3541)
Siti Rohaizah Binti Abdullah

Admin (019 64 22 300)

Admin (019 64 22 300)
Akif Hatimi Bin Abd Halim (Seremban)

Label

  • Bahaya Gula
  • Info Kesihatan
  • Konpirasi Gula

Arkib Blog

  • ▼  2016 (8)
    • ▼  Oktober (1)
      • MOHON SEBARKAN!..PENTING!!.. Konspirasi Gula PASIR...
    • ►  September (7)

Jom Tukar Gula yang Memudaratksn kepada Pemanis Semulajadi hubungi 019 64 22 300

Jom Tukar Gula yang Memudaratksn kepada Pemanis Semulajadi hubungi 019 64 22 300
Penjimatan 40% jika anda mendaftar sebagai ahli kami!!..

Dapatkan Ekstrak stevia dari kami

Dapatkan Ekstrak stevia dari kami
Ekstrak stevia bumiputra 100% di jamin halal

Misi Didik Beliam Hindari Gula

Misi Didik Beliam Hindari Gula
bantu kami sebarkan bahawa stevia adalah penganti gula yang terbaik!!..

Kami Pencetus Budaya Gula Sihat

APA KEUNIKAN , KELEBIHAN DAN KEGUNAAN GULA STEVIA?
Kenapa sekarang ini, ramai orang bertukar kepada pemanis semulajadi Stevia? Sebabnya, banyak kelebihan, manfaat dan kegunaan gula Stevia ini. Keunikan gula Stevia itu sendiri membuatkan ia jauh lebih baik berbanding gula pasir yang diperbuat daripada tebu.
Konsep gula Stevia ini adalah lebih manis, lebih sihat. Kalau sebelum ini, kita selalu mengatakan Pahit itu Ubat dan Manis itu Penyakit. Tetapi dengan pemanis Stevia, Manis itu adalah Menyihatkan. Kenapa? Apa kelebihan Stevia?
1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 450 kali lebih manis dari gula biasa.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai “Steviol Glycosides” yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.
Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 degree C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic (penghasilan gula) dalam badan.
Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis , obesiti atau ingin menghadkan pengambilan karbohidrat
2. Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi
3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik, ia selamat digunakan pada peringkat usia.
Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan
4. Anti-hyperglycaemic – boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.
5. Anti-hypertensive – boleh menurunkan tekanan darah
6. Anti-inflammatory – mengurangkan kesan radang
7. Anti-tumor- kesan anti-oksidan boleh.mengurangkan risiko kanser
8. Anti-diarrheal – merawat cirit-birit
9. Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan
10. Immunomodulatary effect – meningkatkan sistem imun kepada kuman
Di dalam Diet Atkins yang saya amalkan, antara bahan yang perlu dielakkan ialah pengambilan karbohidrat dan gula. Asasnya mudah. Karbohidrat dan gula menjadi sumber tenaga. Sekiranya kita mengambil gula dan karbohidrat secara berlebihan, makanan yang tidak dibakar (menjadi tenaga) akan bertukar menjadi lemak. Kerana itulah lemak yang terkumpul semakin bertambah dan menjadi punca obesiti.
Jika pengamal Diet Atkins tidak mengambil gula dan karbohidrat, lemak yang terkumpul di dalam badan akan dibakar menjadi tenaga. Secara mudahnya, lemak-lemak yang terkumpul itu akan berkurangan dan menjadikan seseorang itu semakin kurus (akibat dari pembakaran lemak yang berlebihan)
Tetapi sampai bila kita mampu untuk tidak mengambil gula? Seminggu dua mungkin boleh. Tetapi bagaimana selepas itu? Bagi saya mudah. Saya mengamalkan stevia sebagai gula gantian kerana stevia tiada (null) kalori. Stevia juga tidak merbahaya. Pilihan saya ialah RCC Royal Sweetener.

dapatkan ekstrak stevia anda sekarang!!.. hubungi saya 0196422300 untuk keterangan lanjut
dan like page facebook.com/budaya.gula.sihat dan dapatkan info ekstrak stevia dari kami secara berterusan

terima kasih

Apakah pemanis pilihan anda?.

Arkib Blog

  • ▼  2016 (8)
    • ▼  Oktober (1)
      • MOHON SEBARKAN!..PENTING!!.. Konspirasi Gula PASIR...
    • ►  September (7)
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.