Clik gambar untuk like page kami

Rabu, 21 September 2016

"BID'AH" DALAM PEMAKANAN MODEN OLEH DR.HAFIZ SULAIMAN

SETUJU DGN RAKAN DOKTOR DR HAFIZ SULAIMAN.

"BID'AH" DALAM PEMAKANAN part 1
--------------------------------------------------------



Makanan moden dikatakan penyebab banyak penyakit zaman moden. Banyak penyakit moden yang tidak diketahui puncanya maka disalahkan pula genetik dan keturunan.

Hakikatnya banyak makanan moden yang mampu mengubah ekspresi genetik seseorang. Banyak anak-anak yang ibu bapanya tiada penyakit tetapi anak-anak pula yang sakit "keturunan"?

"Bid'ah" di dalam pemakanan ini merupakan salah satu agenda kapitalis untuk mengaut keuntungan dengan melipatgandakan  pengeluaran dan penggunaannya.

Antara Bid'ah di dalam pemakanan yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan anda.

 1) Bid'ah Genetically Modified Organism (GMO)
---------------------------------------------------------------

Ia merupakan solusi kepada masalah kebuluran dan kekurangan makanan dunia. Tanaman hasil gubahan genetik ini mampu menghasilkan tanaman yang cepat hasil tuaiannya, lebih enak, lebih banyak dan besar serta tidak terkesan dengan racun tanaman dan serangga.

Namun terdapat kerisauan tentang kesan makanan hasil tanaman GMO ini kerana walaupun kajian banyak menunjukkan ia selamat, tetapi tiada kajian jangka masa panjang yang membuktikan ia benar-benar selamat seperti tanaman asal. Penggunaan tanaman GMO yang kalis racun rumpai dan racun serangga juga meningkatkan kebimbangan penggunaan racun secara berleluasa.

-

2) Bid'ah Gula.
--------------------

Gula sedap sebab manis. Namun tahukah anda gula dan makanan manis bukanlah makanan orang kebanyakan. Sehingga kurun ke 18, ia merupakan makanan kepada hanya golongan raja dan bangsawan. “Malangnya” gula menjadi semakin murah dan mudah di dapati kerana kemajuan dalam teknologi dan pertanian. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah gula fruktosa moden terutama dalam bentuk yang tersembunyi iaitu "High Fructose Corn Syrup" (HFCS) merupakan gula yang sangat toksik dan mengganggu aktiviti metabolik badan mengakibatkan penyakit KENCING MANIS, OBESITI, gangguan hormon, ketumbuhan seperti PCOS dan juga masalah GOUT "rujuk kaitan gula fruktosa dan gout dalam artikel di wall saya tahun lepas".

Gula juga secara biokimia dikaitkan dengan masalah "kolesterol jahat" yang menyumbang kepada penyakit jantung bukannya kolesterol itu sendiri.

Gula juga dikaitkan dengan ketagihan yang lebih teruk daripada ketagihan kokain..dan terdapat pakar-pakar perubatan dan saintis yang menyarankan rawatan yang diberikan sama seperti merawat penagih dadah. Malah saya sendiri mempraktikkan protokol "Taubat Nasuha" bagi mereka yang ketagihan gula dan alhamdulillah sangat berkesan. Islam mengajar bahawa puasa ialah ubat bagi penyakit hawa nafsu dan di dalam isu ketagihan gula ini, ia tidak terkecuali.

-

3) Gandum Bid'ah
-------------------------

Gandum jenis Einkorn ialah baka gandum liar yang merupakan gandum yang tertua di dalam sejarah penanaman gandum. Ia lebih kecil namun lebih tinggi protein, caroteinoid dan zat mineral. Gandum einkorn juga mengandungi kandungan gluten yang jauh lebih rendah berbanding gandum moden yang mengalami banyak penghibridan dan pengubahan genetik meningkatkan kandungan glutennya.

Gluten yang tinggi membebankan dan menyebabkan kerosakan sistem pencernaan. Gluten di dalam gandum moden menyebabkan kerosakan mekanikal yang meningkatkan ketelapan membran usus @ “leaky gut”. Leaky gut ini dikaitkan dengan masalah penyakit autoimmune dan juga keradangan kronik yang menjurus ke arah banyak masalah kesihatan lain . Ini kerana perut mempunyai pelbagai fungsi membebaskan pelbagai jenis ion, hormon, enzim dan “intrinsic factor” yang penting dalam fisiologi badan manusia.
Terdapat juga kajian berkenaan teori adaptasi sesuatu populasi bergantung kepada kekayaan sumber makanan di kawasan setempat itu. Contohnya terdapat masyarakat yang hidupnya secara turun temurun mengambil hasil tenusu dalam gizi hariannya mengalami kebolehan mencerna lactose di mana enzim lactase populasi ini bertindak lebih cekap. Begitu juga dengan sesetengah populasi yang secara turun temurunnya mengambil jumlah kanji yang tinggi mengalami adaptasi genetik yang meningkatkan peningkatan enzim amylase untuk mencerna kanji.

Oleh itu mengambil kira adaptasi terhadap pemakanan setempat  ini saya percaya badan kita lebih sesuai dengan makanan ruji populasi asia tenggara iaitu nasi dan bukannya gandum. Mungkin gandum lebih sesuai bagi orang turki yang mempunyai sejarah makananan berasaskan gandum selama 10,000 tahun dahulu. Tapi nenek moyang kita makan nasi bukan gandum, bukan oat juga :D  tapi nasi lemak. Beras hancur st15 tu, beras siam itu makanan ori.

Kena kencing dengan agenda negara barat yang merupakan pengeksport gandum berjumlah usd83 billion pada tahun 2015.

-

4) Bid’ah Kurang Lemak. Bid’ah kolesterol. Bid’ah lemak tepu.
----------------------------------------------------------------------------------

Bid’ah ini mungkin berpunca daripada teori lemak tepu oleh Dr Ancel Keys yang mengatakan bahawa lemak tepu merupakan penyebab kepada penyakit jantung. Sebagai rujukan dan rekod, Dr Ancel Keys juga merupakan penentang utama penulisan Dr John Yudkin pada tahun 1972 berkenaan gula. Penulisan bertajuk Pure, White and Deadly menceritakan bagaimana pengambilan gula berlebihan dikaitkan dengan obesiti, kencing manis, masalah hati, ketidakhadaman,gout dan beberapa jenis kanser.

Maka dengan popularnya lipid hypothesis, ia menyokong industri minyak sayuran seperti minyak soya, canola, minyak matahari dan cottonseed. Lemak tepu daripada makanan semulajadi seperti minyak kelapa, minyak sawit, daging dan makanan tinggi lemak tepu lain dipertanggungjawabkan sebagai penyebab masalah jantung.  Padahal lemak tepu lebih stabil masak. Lemak tak tepu pula senang rosak dan teroksida bila dipanaskan. Lemak rosak inilah antara punca utama masalah jantung.

Walhal lemak tepu itu asas kepada sel badan.Otak manusia 60% terdiri daripada lemak dan saraf-saraf pula disaluti oleh lemak dan kolesterol untuk mempercepatkan transmisi impulse (maklumat). Lemak juga penting untuk membina hormon-hormon termasuk testosteron dan estrogen. Lemak tepu juga mengurangkan Lipoprotein A Lp(a) yang dikaitkan dengan risiko tinggi penyakit jantung. Lemak tepu juga mengandungi zat-zat penting larut lemak seperti vitamin A,vit D,vit E, dan vitK.

Malangnya, kita tertipu dengan marketing rendah lemak ini. Susu rendah lemak, daging rendah lemak, yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, anda sebenarnya bayar lebih kerana mereka sudah mencuri zat tapi anda bayar harga yang mahal untuk zat yang berkurangan. Kah kah. Bijak.

Isu kolesterol dah bertahun saya cerita pada pesakit saya. Alhamdulillah tahun 2016, USDA buat U-turn
http://edition.cnn.com/2016/01/07/health/2015-dietary-guidelines/

-

5) Bid’ah Makanan Kesihatan Yang Diproses.
-------------------------------------------------------------

Ini pendapat peribadi saya. Makanan yang tuhan ciptakan memang sudah sempurna. Kerosakan badan disebabkan gaya hidup moden memberi kesan terhadap penerimaan badan anda kepada makanan semulajadi ini ..err ataupun atuk nenek moyang anda yang makan makanan merosakkan genetik anda? Wallahua'lam. Apa pun saya kurang bersetuju dengan lambakan makanan-makanan proses yang mengaku lebih sihat daripada makanan asal. Susu yang diperkaya zatnya. Cereal yang diperkaya zatnya.Biskut kesihatan? Roti yang lebih sihat? Kemonlah..dah guna gandum bid’ah  mana nak sihatnya. Topup pulak dengan lectin seperti wheat germ lagi lah parah..marketing bukan main. err…nanti kita cerita kemudian pasal lectin.. Semua ni boleh makan jika anda boleh seimbangkan berlebihan dan kekurangan zat yang mana memerlukan pemeriksaan darah, air liur, rambut, air kencing dan macam-macam ujian pelik yang perlu anda lakukan untuk memeriksa status zat badan anda.

Makanan ciptaan tuhan ini harmoni zatnya. Contohnya serat dalam buah-buahan berfungsi mengurangkan penyerapan gula dalam buah. Sudah tentu anda serap zat lebih tinggi dengan membuang serat pada buah namun gula anda juga mungkin melambung. Padah anda buat bid’ah tanpa ilmu berkenaan makanan tersebut.

Begitulah antara bi’ah-bid’ah dalam pemakanan yang banyak isu dan kontroversinya. Ini cuma pendapat peribadi semata bukan nasihat perubatan jadi berbincanglah dengan doktor dan dietician anda berkenaan bid’ah-bid’ah ini. Tiada paksaan dalam mengamalkan mana-mana diet, nak minum milo diperkaya zat besi dan vitamin macam-macam pun silakan..saya pun minum milo, tapi saya tak kata lagi Minum milo anda jadi sihat dan kuat..sebab saya percaya sebaliknya yang berlaku. Saya tak makan hujah sederhana atau tidak.Makanan toyyib bergantung kepada “genetic makeup” anda dan status kesihatan anda dan paling penting ialah pemilihan makanan yang “baik untuk kamu”. Ianya INDIVIDUAL.

-
-

Semoga bermanfaat,

Ikhlas bukan “Wahhabi”,

Encik Hafiz Sulaiman

-Pejuang Kesihatan-

1 ulasan:

  1. Baccarat In Online Games | William Hill - Welsh
    The 바카라 사이트 Baccarat rules explained are straightforward and intuitive. You don't need to start with 바카라 사이트 a single table, septcasino There's a regular 'Celtic' version of the game as the first

    BalasPadam