Clik gambar untuk like page kami

Khamis, 22 September 2016

Bagaimana GULA mempengaruhi otak kita...

Bagaimana GULA mempengaruhi otak kita...

Kajian menunjukkan masalah ketagihan kepada GULA adalah benar dan mempunyai asas sains...

Otak menggunakan GULA secara maksimum dan mengawal metabolisma serta mempengaruhi selera makan kita.

Kajian di Technical University of Munich menggunakan imbasan PET menunjukkan insulin dan leptin mengawal kadar penggunaan GULA oleh semua sel-sel otak ( saraf dan bukan saraf)

Apabila reseptor insulin di dinding sel-sel astrocyte (sel bukan saraf) hilang atau rosak maka kawalan selera seseorang akan hilang yang menyebabkan seseorang merasa sentiasa lapar dan hendak makan sahaja...GULA adalah punca kepada masalah sindrom rintangan insulin

GULA juga meningkatkan rembesan dopamine iaitu bahan neurotransmitter yang menyebabkan rasa seronok dan gembira apabila kita makan benda manis...kajian menunjukkan lebih banyak GULA yang kita makan lebih tinggi kadar rintangan kepada rembesan dopamine dan ini menyebabkan penggunaan GULA semakin lama semakin meningkat...bermakna GULA menyebabkan sindrom rintangan dopamine

Kita perlu kawal pengambilan GULA sebelum GULA mengawal selera makan kita...insyaallah

-Dr Norman Norawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan